NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 12

6 April 2026 | Aktiviti Terkini

30 – 3 April 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 12. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Modul Pembuatan Bun (Bun Burger Dan Roti Goreng) - Modul pembuatan bun ini memberi pendedahan asas menghasilkan bun burger dan roti goreng melalui tontonan tutorial video. Peserta belajar langkah demi langkah seperti penyediaan bahan, menguli doh, proses perapan, membentuk bun, serta teknik menggoreng dan membakar dengan betul. Melalui video, peserta lebih mudah memahami teknik yang tepat dan boleh mempraktikkan sendiri untuk menghasilkan bun yang lembut, gebu dan sedap.

Modul Pengenalan Videografi Menggunakan Smartphone, Peralatan Asas, Cabaran & Tips Videografi Menggunakan Smartphone - Modul ini memperkenalkan asas videografi menggunakan telefon pintar. Peserta belajar penggunaan kamera smartphone, peralatan asas seperti tripod dan pencahayaan, serta teknik rakaman yang betul. Turut dikongsikan cabaran seperti kestabilan video dan pencahayaan, bersama tips mudah untuk menghasilkan video yang lebih jelas, menarik dan berkualiti menggunakan smartphone.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali